عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهاڬيان كدوا
Jawapan 7 : ayat ialah jumlah yang ditandakan dengan fasal (pemisah). Fasal itu berada pada akhir-akhir ayat daripada Al-Quran.
Soalan 8 : surah apakah yang paling agung dalam Al-Quran
Jawapan 8 : surah yang paling agung dalam Al-Quran ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari adalah surah Al Fatihah, ayat yang paling agung dalam Al-Quran sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim adalah ayat Kursi, dan bonggolnya Al-Quran ialah surah Al Baqarah. (Disebutkan sebagai bonggol kerana surah Al Baqarah adalah yang paling mulia dalam Al-Quran dan yang paling tinggi dalam Al-Quran nisbah shan keadaan yang agung).
Soalan 9 : apakah harus untuk kita membaca Al-Quran selain lafaz sebutan bahasa arab ?
Soalan 9 : haram membaca Al-Quran selain lafaz sebutan arab dan haram juga membaca Al-Quran dengan selain lafaz arab yang diterjemahkan dengannya (lafaz itu) kerana perbuatan itu menghilangkan Mukjizat Al-Quran yang diturunkan untuknya.
Soalan 10 : apakah perbezaan antara terjemah, tafsir, dan ta'wil ?
Jawapan 10 : perbezaan diantara ketiga ini :
*Terjemah itu ialah menerangkan kalam atau menjelaskan bahasa dengan bahasa yang lain, sepertimana kata qil :
(Barangsiapa yang menafsirkan bahasa dengan menggunakan bahasa lain *** maka demikian itulah terjemah disisi ahli lughah bahasa).
*Tafsir itu adalah menjelaskan kalam Allah تعالى, kalam rasul-Nya ﷺ, atsar, qawa'id adab, atau 'aqliyah.
*Ta'wil itu adalah kata yang menanggung makna-makna lain, kemudian diringkaskan sebahagian daripada makna-maknanya dengan menggunakan kata yang lebih jauh (dari maknanya) dengan dalil sepertimana pada firman-Nya تعالى :
ويبقى وجه ربك
Maka sesungguhnya kata وجه dalam firman-Nya تعالى ini, menanggung makna, الوجه الحقيقي adalah makna yang lebih dekat dan الذات itu adalah makna yang sangat jauh. Kemudian diringkaskanlah makna dari firman-Nya تعالى itu dengan makna yang kedua iaitu makna yang jauh kerana kemustahilan makna yang pertama.
*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Siap diterjemahkan pada 29 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 6 June 2024 Masihi pukul 06:04 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan