كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهاڬيان ٤
Soalan 16 : berapakah bilangan surah-surah Madaniyah ?
Jawapan 16 : bilangan surah-surah Madaniyah adalah 29 surah, iaitu : Al Baqarah, Ali 'Imran, Mu'awwizatain, Al Haj, Al Maidah, An Nisa', Al Anfal, Bara ah, Ar Ra'd, Al Qital (Muhammad) dikatakan surah Al Qital kerana ada disebutkan didalamnya tentang disyariatkan perang, Al Fath, Al Hujurat, Al Hadid, An Nasr, Al Qiyamah, Al Zalzalah, Al Qadr, An Nur, Al Ahzab, Al Mujadalah, Al Hasyr, Al Mumtahinah, As Saf, Al Jumu'ah, Al Munafiqun, At Taghabun, At Talaq, At Tahrim.
Soalan 17 : berapakah bilangan surah-surah Makkiyah
Jawapan 17 : bilangannya 85 surah iaitu selain surah yang telah disebutkan daripada surah-surah Madaniyah.
Soalan 18 : berapakah bilangan surah-surah Al-Quran secara keseluruhan ?
Jawapan 18 : surah-surah Al-Quran kesemuanya ialah 114 surah.
Soalan 19 : berapakah pembahagian surah-surah Al-Quran ?
Jawapan 19 : ada empat bahagian :
1. Satu bahagian dalamnya itu ada Nasikh Mansukh iaitu 25 surah.
2. Satu bahagian dalamnya itu ada Mansukh saja iaitu 40 surah.
3. Satu bahagian dalamnya ada Nasikh saja iaitu 6 surah
4. Satu bahagian tiada Nasikh dan Mansukh dalamnya iaitu ada 43 surah dan surah yang lebih banyak ialah daripada seperempat yang akhir ini.
*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Siap diterjemahkan pada 1 Zulhijjah 1445 Hijriah bertepatan 7 June 2024 Masihi pukul 11:16 pagi di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan