كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٩
Soalan 43 : adakah Ahruf huruf-huruf yang tujuh adalah Qiraat yang tujuh atau berbeza (tidak sama) ?
Jawapan 43 : Ahruf huruf-huruf yang tujuh bukanlah membawa makna Qiraat yang tujuh. Orang yang mengatakan Ahruf yang tujuh adalah Qiraat tujuh telah melakukan kesalahan yang besar. Kerana Ahruf yang tujuh adalah wahyu yang turun kepada Nabi ﷺ. Diibaratkanlah wahyu yang turun itu dengan Ahruf yang tujuh kerana satu makna tapi berbilang-bilang lafaz sebutan. Berbeza pula dengan Qiraat yang tujuh. Qiraat yang tujuh itu hanya menjelaskan kaifiyat cara menuturkan Ahruf yang tujuh. Sesungguhnya Imam Ibnu Mujahid yang telah menghimpunkan dan menerangkan Qiraat yang tujuh pada kurun keempat hijri.
Soalan 44 : manakah Qiraat yang paling benar nisbah sanad ?
Jawapan 44 : sesungguhnya Qiraat yang paling Ashoh dari segi sanad ialah Qiraatnya Nafi' dan 'Ashim dan Qiraat yang paling fashih adalah Qiraatnya Abu Amr dan Al Kisa'i.
Soalan 45 : berapakah bilangan sahabat yang masyhur dengan hafazan dan siapakah mereka itu ?
Jawapan 45 : mereka yang masyhur dengan hafazan itu ada 11 orang sahabat, mereka itu ialah : 'Ali bin Abi Thalib Al Hashimi, 'Usman bin 'Affan Al Umawi, Ubai bin Ka'ab Al Khazraji, Zaid bin Tsabit Al Anshari Al Khazraji, Abdullah bin Mas'ud Al Hazali, Abu Zaid Al Anshari, Abu Darda Al Khazraji Al Anshari yang namanya 'Uwaimir, Mu'az bin Jabal Al Khazraji, Abu Hurairah, Abdullah bin 'Abbas dan Abdullah bin As Saib.
Soalan 46 : berapakah bilangan Tabi'in yang masyhur dengan hafazan (menghafaz Al-Quran )?
Jawapan 46 : yang masyhur dengan hafaz daripada kalangan mereka adalah tersangat ramai. Kami sebutkan sebahagian daripada mereka itu : Yazid bin Al Qa'qa', Abdul Ragman bin Harmaz, Mujahid ibni Jubair, 'Atha bin Yasar, Sa'id bin Jubair, 'Ikrimah Maula ibni 'Abbas Al Hashimi, Aswad bin Yazid Al Kufiy, Hasan bin Abil Hasan Al Bashri, Zarrun bin Hubaisy, 'Alqamah bin Qais An Nakh'iy Al Kufiy, Masruq ibni Ajda' dan 'Ubaidah bin Qais As Salmani. Mereka-mereka yang disebutkan daripada kalangan sahabat dan tabi'in itulah tempat rujukan Qiraat yang tujuh yang Mutawatirah.
كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Siap diterjemahkan pada 19 Zulhijjah 1445 Hijriyah bersamaan 25 June 2024 Masihi pukul 11:55 pagi di Masjid Al Taqwa, Masjid Daerah Keningau, Keningau, Sabah, Malaysia.



