كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٣
Soalan 11 : bolehkah kita menafsirkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri ?
Jawapan 11 : haram kita menafsirkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri
ومن قال في القرآن برأيه او بما لا يعلم فليتبوأ مقعده من النار، رواه أبو داود والترمذي وحسنه
Barangsiapa yang berbicara mengenai Al-Quran mengikut pendapatnya sendiri atau apa yang tidak dia ketahui maka hendaklah dia menyediakan tempat duduknya di neraka. Telah meriwayatkan hadis ini oleh Abu Daud, Tirmizi dan dia telah menghasankan hadis ini.
Soalan 12 : apakah boleh menta'wilkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri ?
Jawapan 12 : boleh menta'wilkan Al-Quran mengikut pendapatnya sendiri bagi seorang yang mengetahui tentang Qawaid kaedah-kaedah dan mengenali tentang 'Ulumul Quran ilmu-ilmu pengetahuan tentang Al-Quran yang diperlukan untuk menta'wilnya.
Soalan 13 : kenapa boleh menta'wilkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri sedangkan tidak boleh menafsirkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri ?
Jawapan 13 : tidak boleh menafsirkan Al-Quran mengikut pendapat sendiri kerana Al-Quran itu adalah penyaksian terhadap Allah dan sudah Qath'i putus. Gambarannya; bahawa dia telah memberikan makna pada lafaz ini dengan makna begini begini sebagai contoh. Maka perbuatan itu tidak boleh dilakukan melainkan adanya Nas daripada Nabi ﷺ atau sahabat yang menyaksikan turunnya Al-Quran dan menyaksikan wahyu itu. Ta'wil pula adalah menguatkan satu kata yang menanggung makna lain. Perbuatan ta'wil ini bukanlah terhadap perkara yang telah Qath'i putus (sudah tetap) dan bukan juga mengenai penyaksian keatas Allah تعالى (perkara yang memang sudah diketahui tentang Allah تعالى)
Soalan 14 : apakah itu Makkiyahnya Al-Quran ?
Jawapan 14 : Makkiyah itu adalah ayat yang turun sebelum hijrah walaupun ayat itu diturunkan diluar Makkah mengikut pendapat yang أصح.
Soalan 15 : apakah itu Madaniyahnya Al-Quran ?
Jawapan 15 : Madaniyah itu ialah ayat yang turun setelah hijrah walaupun ayat itu diturunkan diluar Madinah mengikut pendapat yang أصح.
*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Siap diterjemahkan pada 1 Zulhijjah 1445 Hijriah bersamaan 6 June 2024 Masihi pukul 10:50 malam di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan