Rabu, 5 Jun 2024

عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن bahagian 1

Ilmu Usul Tafsir Al-Quran

At- Ta'rifat [pengenalan / definisi] 


Soalan 1 : kenapakah Al-Quran dinamakan sebagai Furqan ?
Jawapan 1 : Al-Quran dinamakan dengan Furqan kerana Al-Quran memisahkan antara yang haq dengan yang batil. Memisahkan itu dengan makna Al-Quran itu membezakan antara haq (benar) dengan batil (salah).

Soalan 2 : apa itu Al-Quran pada asalnya  ?
Jawapan 2 : pada asalnya semua apa yang dibaca itu disebut sebagai Al-Quran. Kemudian perkataan Al-Quran itu menjadi khusus digunakan untuk Kitab Al Muhammadi. Pengkhususan perkataan Al-Quran itu melalui jalan Ghalabah terkalah (ramai orang menggunakan perkataan Al-Quran untuk kitab Al Muhammadi sehingga terbiasa menggunakan sebutan itu). Pendapat ini adalah sepertimana yang telah dinyatakan oleh Syaikh Muhammad Abu 'Ulyan As Syafi'i.

Soalan 3 : apa itu Had ilmu usul tafsir ?
Jawapan 3 : Had ilmu usul tafsir itu adalah ilmu yang dalamnya ada membahaskan tentang ahwal keadaan kitab yang turun kepada Nabi kita Muhammad ﷺ iaitu Al-Quran  dari pihak mana ia diturunkan seperti Makkiyah, Madaniyah, Safariyah atau yang seumpamanya.

Soalan 4 : apa itu Had ilmu tafsir
Jawapan 4 : Had ilmu tafsir itu ialah ilmu tentang usul yang mana melalui ilmu ini dapat diketahui tentang Ma'ani makna-makna Kalam Allah تعالى mengikut kemampuan manusia.

Soalan 5 : apa itu Had Al-Quran pada 'uruf ?
Jawapan 5 : Al-Quran itu adalah Kalam yang turun kepada Sayyidina Muhammad ﷺ dan Keajaiban (Mukjizat) daripada Nabi ﷺ hasillah satu Surah.

Soalan 6 : apa itu Had Surah ?
Jawapan 6 : Surah itu adalah sejumlah daripada Al-Quran yang dinamakan oleh Nabi ﷺ dengan nama yang khas untuk Tauqif menghentikan supaya sejumlah ayat itu disebutkan dengan nama sedemikian dan dapat dikenalilah ayat itu dengan namanya.

*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين

*Siap diterjemahkan pada 29 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 6 June 2024 Masihi pukul 09:15 pagi di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

*Salah silap dalam penterjemahan harap dapat dibetulkan oleh para pembaca yang 'alim, siddiq lagi mukhlis buat faqir. Karna faqir menuliskan teks ini untuk tujuan ulangkaji dan belajar dalam menterjemahkan kitab di tambah pula bukan seorang pelajar agama yang berkelayakan. Semoga Allah merahmati buat mereka yang membaca dan memperbaiki kesalahan yang ada.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٩

 كتاب عطية الرحمن في أصول‌ تفسير القرآن بهڬيان ٩ Soalan 43 : adakah Ahruf huruf-huruf yang tujuh adalah Qiraat yang tujuh atau berbeza (tida...