كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٥
Soalan 20 : apakah yang dimaksudkan dengan Hadhari dalam Al-Quran?
Jawapan 20 : Al Hadhari adalah ayat yang turun pada ketika Hadhar (tidak bersafar), turunnya itu dalam bentuk ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah.
Soalan 21 : apakah yang dimaksudkan dengan As Safari dalam Al-Quran
Jawapan 21 : Al Safari dalam Al-Quran adalah ayat yang turun pada ketika safar seperti ayat tentang tayamum dalam surah Al Maidah, dan surah Al Anfal dan surah-surah yang lain, sedangkan ayat yang turun ketika Hadhar (tidak bersafar) itu sangat banyak dalam Al-Quran kerana Hadhir itu adalah asal.
Soalan 22 : apakah yang dimaksudkan dengan Al Layali dalam Al-Quran ?
Jawapan 22 : makna Layali adalah ayat yang turun pada waktu malam seperti surah Al Fath, ayat tentang perpindahan Qiblat, dan firman-Nya تعالى :
يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين — الأية
Soalan 23 : apakah yang dimaksudkan dengan An Nahari dalam Al-Quran ?
Jawapan 23 : Makna An Nahari ialah ayat yang turun daripada Al-Quran pada waktu siang, dan ayat An-Nahari ini adalah paling banyak dalam Al-Quran.
Soalan 24 : apakah yang dimaksudkan dengan As Shaifi dalam Al-Quran ?
Jawapan 24 : makna As Shaifi adalah ayat yang turun pada ketika musim panas, seperti ayat tentang الكلالة iaitu firman-Nya تعالى :
يستفتونك قل الله يفتيكم في الكلالة
Sehingga akhir surah An Nisa.
Soalan 25 : apakah yang dimaksudkan dengan As Syita'i dalam Al-Quran ?
Jawapan 25 : Asy Syita'i adalah ayat yang turun pada ketika musim sejuk seperti 10 ayat yang ada dalam surah An Nur dan awalnya :
إن الذين جاؤوا بالإفك عصبة منكم - الأية
*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Telah diterjemahkan pada 2 Zulhijjah 1445 Hijriah 8 June 2024 Masihi pukul 11:29 pagi di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan