Isnin, 24 Jun 2024

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن ترجمهن ملايو جاوي بهاڬيان ٨

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن ترجمهن ملايو جاوي بهاڬيان ٨

Soalan 37 : berapa jenis Qiraat ?
Jawapan 37 : ada 6 jenis : pertama Mutawatir, kedua Masyhur, ketiga Ahad, keempat Syaz, kelima Maudhu', keenam Qiraat yang serupa Hadis Mudraj.

Soalan 38 : apakah itu Mutawatir
Jawapan 38 : Mutawatir adalah barang yang dinaqalkan oleh ramai orang yang tidak mungkin mereka semua itu bersepakat untuk berdusta sesama mereka begitulah berlarutan sehingga orang-orang selepas mereka. Qiraat Mutawatir inilah yang banyak digunakan.

Soalan 39 : apakah itu Masyhur ?
Jawapan 39 : Masyhur adalah barang yang benar sanadnya tapi tidak sampai kepada darjat Mutawatir dan sesuai dengan bahasa arab dan rasm tulisan lagi masyhur di sisi Qurra, maka mereka tidak akan menganggapnya(rasm) memiliki kesilapan dan tidak juga memiliki Syuzuz syaz-syaz keraguan dan dibacalah dia dengannya (boleh digunakan Qiraat ini ketika solat).

Soalan 40 : apakah itu Ahad ?
Jawapan 40 : Qiraat yang benar sanadnya tapi menyalahi (tidak sama) pada tulisan rasm atau bahasa arab atau berbeza dengan yang diketahui kebanyakan Qurra dan tidak dibaca dengan menggunakannya.

Soalan 41 : apakah itu Syaz
Jawapan 41 : Qiraat yang tidak sah sanadnya dan sebahagian daripada Qiraat yang syaz ialah bacaan ﴾مالك يوم الدين﴿ dengan Shigat Madhi.

Soalan 42 : apakah itu Maudhu' ?
Jawapan 42 : Maudhu ialah bacaan-bacaan yang dinisbatkan kepada ulama-ulama yang tsiqat sedangkan pada haqiqatnya ialah pendusta. Tiada asal bagi Qiraat ini, seperti Qiraatnya Khuza'iy.

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين

*Siap diterjemahkan pada 19 Zulhijjah 1445 Hijriah bersamaan 25 June 2024 Masihi pukul 8:52 pagi di Hospital Baru Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٩

 كتاب عطية الرحمن في أصول‌ تفسير القرآن بهڬيان ٩ Soalan 43 : adakah Ahruf huruf-huruf yang tujuh adalah Qiraat yang tujuh atau berbeza (tida...