كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهاگيان ٧
Soalan 32 : apakah ayat Al-Quran pertama yang diturunkan di Madinah
Jawapan 32 : ayat pertama yang turun di Madinah ialah surah Al Muthaffifin kemudian surah Al Baqarah.
Soalan 33 : apakah ayat yang terakhir turun ?
Jawapan 33 : akhir ayat yang turun adalah ayat Al Kalalah yang terakhir, dan kata qil akhir ayat yang turun firman-Nya تعالى :
واتقوا يوما ترجعون — الآية
Dan ada lagi kata qil, sesungguhnya akhir ayat yang turun adalah surah An Nasr dan pada perbahasan ini ada qaul yang lain lagi.
Soalan 34 : adakah didapati pelanggaran diantara ayat
اليوم اكملت لكم دينكم — الأية
Yang secara urufnya telah turun pada tahun haji wida', dengan sebahagian ayat-ayat yang turun setelah haji wida'?.
Jawapan 34 : tiada pelanggaran pada yang sedemikian itu. Kerana murad yang dikehendaki dengan Ikmal sempurnanya agama dan sempurnanya nikmat ialah pembukaan kota Makkah bagi orang muslimin dan turun daulat kesyirikan serta nabi dan para sahabat dapat melakukan haji tanpa bercampur aduk dengan orang musyrik sepertimana yang telah Ibnu Jarir katakan tentangnya.
Soalan 35 : berapakah bilangan Qurra yang masyhur ?
Jawapan 35 : mereka ada 7 orang, Nafi', 'Ashim, Hamzah, Al Kisa'i, Ibnu 'Amir, Abu 'Amru, dan Ibnu Katsir.
Soalan 36 : Qiraat bacaan yang mereka naqalkan, adakah ianya mutawatirah ?
Jawapan 36 : ya, Qiraat itu seperti itulah (mutawatirah).
*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين
*Telah siap diterjemahkan pada 10 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 17 June 2024 Masihi pukul 12:11 tengah hari di Surau An-Nur, Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan