Ahad, 9 Jun 2024

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٦

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهگيان ٦


Soalan 26 : Adakah As Shaif termasuk juga musim bunga ?
Jawapan 26 : Ya termasuk, kerana keadaan keduanya itu berada di utara.

Soalan 27 : Adakah Asy Syita'i itu termasuk musim luruh ?
Jawapan 27 : Ya termasuk, kerana keadaan kedua itu berada di selatan.

Soalan 28 : Apakah Al Firasyi daripada ayat-ayat Al-Quran itu ?
Jawapan 28 : Al Firasyi itu adalah ayat-ayat yang turun kepada Nabi ﷺ sedangkan Nabi ﷺ ketika itu berada di atas kasurnya samada dia sedang tidur atau tidak.

Soalan 29 : Adakah boleh diserupakan Al Firasyi dengan ayat-ayat yang turun semisal mimpi ?
Jawapan 29 : Ya boleh diserupakan Al Firasyi yang turun semisal mimpi seperti mana surah Al Kautsar. Demikian itu kerana mimpinya Para Anbiya adalah wahyu, kerana mata-mata mereka itu sedang tidur tetapi hati-hati mereka itu tidak tidur.

Soalan 30 : Apakah perbezaan antara Al Firasyi dengan ayat-ayat yang diturunkan semisal mimpi ?
Jawapan 30 : Perbezaan antara keduanya adalah, yang pertama itu turun pada waktu hendak tidur, dan yang kedua pada ketika tidur.

Soalan 31 : mana satu daripada Al-Quran yang diturunkan pada awalnya ?
Jawapan 31 : ayat yang awal-awal diturunkan (اقرأ باسم ربك) dan selepasnya (المدثر) menurut pendapat yang lebih Asoh, sedangkan kebanyakan ulama berpendapat sebaliknya iaitu (المدثر) diturunkan pada awalnya kemudian baru (اقرأ)

*كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن كراڠن حضرة شيخ عبد الرشيد هاشم ڤرمتاڠ تؤ جاي خادم العلم بمدرسة الخيرية الإسلامية ڤوكؤ سنا كڤلا باتس غفر الله له ولوالديه ولمشائخه ولجميع المسلمين آمين

* Telah siap diterjemahkan pada 4 Zulhijjah 1445 bertepatan 10 June 2024 Masihi pukul 02:54 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كتاب عطية الرحمن في أصول تفسير القرآن بهڬيان ٩

 كتاب عطية الرحمن في أصول‌ تفسير القرآن بهڬيان ٩ Soalan 43 : adakah Ahruf huruf-huruf yang tujuh adalah Qiraat yang tujuh atau berbeza (tida...